NIATKAN

SARANG BURUNG WALIT

Mutiara Hadis dan Al-Quran

Zaid bin Thabit melaporkan,

“Sesiapa menjadikan dunia itu sebagai puncak tujuan, maka Allah akan cerai-beraikan urusannya. Allah akan jadikan kefakiran itu ada di depan dua matanya. Dan dunia itu tidak akan datang kepada, melainkan apa yang Allah tuliskan. Dan siapa menjadikan akhirat sebagai tujuan. Allah akan satukan urusannya. Dan Allah akan jadikan kecukupan di hatinya. Dan dunia itu akan datang kepadanya walaupun dia tidak mengharapkan.”

Hadith Sahih : Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Darimi dan Baihaqi





Dari Abu Khalid (Hakim) bin hizam r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda , Penjual dan pembeli keduanya bebas belum terikat selagi mereka belum berpisah maka jika benar dan jelas keduanya, diberkahi jual beli itu tetapi jika menyembunyikan dan berdusta maka terhapus berkah jual beli itu."
(Bukhari - Muslim)




Dari Sa'ad bin Abi Waqqash r.a. berkata: Rasulullah saw menengokku pada haji wada' dari
cekaman suatu penyakit yang hampir saja merenggut nyawaku lalu aku berkata, "Ya
Rasulullah, sebagaimana engkau lihat, penyakitku ini cukup berat sedangkan aku adalah orang
yang berharta dan tidak ada ahli warisku kecuali seorang anak perempuanku. Bolehkah aku
bersedekah dengan dua pertiga dari hartaku?" Rasulullah saw menjawab, "Jangan" Aku
berkata, "Bagaimana kalau separuhnya?" Rasulullah menjawab, "Jangan, sepertiga saja dan
sepertiga pun sudah cukup banyak. Sesungguhnya jika eangkau tinggalkan ahli warismu dalam
keadaan kaya raya adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan
kekurangan meminta-minta kepada manusia. Dan tidaklah engkau mengeluarkan suatu
pembelanjaan dengan menuntut keridhaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala
karenanya hingga sesuap makanan yang engkau suapkan ke mulut istrimu."

(Bukhari - Muslim)

Ahad, 14 September 2014

No untuk dihubungi

Assalamualaikum.  Berikutan perubahan dalam management di Mectten kami memohon maaf bagi yg tidak dapat sebarang info.

InsyaAllah kami sedang mengemaskini segala data dan sebarang pertanyaan sila hubungi 0173689359 mohd fitri (Pengarah Pembangunan Mectten)

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan.

Ahad, 24 Februari 2013

Air walit syifa'

Assalamualaikum

Bagi yang mencuba air walit syifa' keluaran MECTTEN sila layari http://sifuwalet.blogspot.com


Jazakallah

Isnin, 1 Ogos 2011

Melihat Sarang Burung Walit Layang.3gp



Assalamualaikum. Satu pemantauan di Rumah burung JV pertama di Layang Kanan telah dilakukan. Alhamdulillah sarang semakin bertambah. Semoga lebih banyak sarang akan keluar dan semoga hasil akan dapat diagih-agihkan kepada semua pemegang lot dalam rumah burung ini..insyaAllah.


Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN
0196558840

Khamis, 28 Julai 2011

Tanjong Karang Test



Allahhuakbar...Allah Maha Besar. kami melakukan testing di Tanjong karang ditempat kami sedang membina rumah sebuah setingkat utk Ust Harullah. Ribuan burung walit yang hadir. InsyaAllah akan kami laksanakan amanah ini sebaik mungkin.


Zahir
0196558840

Rabu, 22 Jun 2011

Laman Web Mectten

Assalamualaikum Semua......

Alhamdulillah...Mectten telah pun mempunyai laman web rasmi iaitu :-

http://www.mecttenbirdnest.com/

Terdapat info2 tentang syarikat dlm laman web tersebut. Walaupun kami telah pun mempunyai laman web yg rasmi, perkembangan tentang syarikat dan lain-lain masih dpt diperolehi di blog kami.

Jazakallah.........

Selasa, 14 Jun 2011

Penyerahan Cek Pembinaan Masjid At-Taqwa







Assalamualaikum




Alhamdulillah, satu majlis ringkas penyerahan sumbangan RM 5000 hasil dari pembelian lot semua rakanniaga bagi rumah ke 8 sudah pun selamat diadakan. Wakil Mectten iaitu En Azmir Effendi mewakili syarikat kami menyerahkan cek tersebut kepada wakil Masjid At-Taqwa, Ustaz Zahari. majlis penyerahan telah diadakan di Ibu Pejabat Mectten di Bandar Seri Putra pada 14.6.2011.




InsyaAllah satu lagi majlis penyerahan cek sumbangan bagi rumah ke 9 pula akan diadakan tidak lama lagi. Semoga setiap yang kita lakukan ini akan lebih diberkati dan diredhai oleh Allah swt.




MECTTEN BIRDNEST INDUSTRY SDN BHD

Rabu, 8 Jun 2011

Testing di Teluk Intan













Alhamdulillah. Mectten telah pun menerima sebuah lagi tempahan rumah 2 tingkat secara individu di Teluk Intan. Tanah jenis sawah. Burung dianggarkan sekitar 400 ekor bermain-main sewaktu ujian dijalankan.




InsyaAllah dalam 2 minggu lagi kerja-kerja pembinaan akan dimulakan. Terima kasih diucapkan kepada tuan Haji Jumali di atas pemberian kerja-kerja tersebut. InsyaAllah kami akan melakukan yang terbaik.




Jazakallah





Zahirudin Salehuddin



Pengarah Urusan MECTTEN


0196558840

Rabu, 25 Mei 2011

MAINTENANCE RUMAH BURUNG WALIT- HANYA SETINGKAT



BURUNG TETAP BERMAIN WALAUPUN SUARA LUAR SEDANG DIBAIKI.

UPDATE VIDEO RUMAH BURUNG WALIT SETINGKAT DI LAYANG-LAYANG KANAN PERAK



Alhamdulillah rumah burung setingkat Layang-Layang Kanan Perak. JV pertama kita sudah semakin dipenuhi burung. Inilah kuasa Allah swt yang dapat menangkis tuduhan rumah burung setingkat tidak akan berjaya.

Ahad, 17 April 2011

Catatan Peribadi


Assalamualaikum.


Saya pulang ke Perak dan bertemu seorang hamba Allah yang juga merupakan kawan saya. Beliau merupakan kontraktor yang banyak mendapat kontrak dari kerajaan.


Katanya beliau ada bertemu seorang rakannya berbangsa Cina yang mempunyai rumah burung 3 tingkat. Katanya, rakannya itu membina rumah burung tersebut dengan harga RM 500 ribu. Suara burung pula dibeli dengan harga RM 30 ribu. Terkejut juga saya mendengarkan harganya. Sambungnya lagi, rumah tersebut sudah 3 tahun beroperasi namun seekor burung pun belum masuk ke dalamnya.


Pada fikiran saya pasti ada yang tidak kena dalam pembinaannya. Mungkin kerana dalamannya yang tidak sesuai atau mungkin arah pintu masuk yang tidak betul. Terdapat pelbagai kemungkinan yang mungkin ada di sebalik kegagalannya.


Namun ada juga rumah burung yang dibina dengan baik sekali namun gagal memanggil burung untuk masuk dan tidur serta bersarang di dalamnya. Kerana itulah sebagai orang Islam kita perlulah mengadakan majlis doa selamat. Kita memohon kepada Allah swt semoga rumah burung kita diberikan rezeki yang baik. Berdoalah agar rezeki kita dimudahkan, dilipat gandakan, melimpah ruah sehingga ke anak cucu.


Ada sesetengah pendapat Ulamak yang menyeru kita jangan berdoa "Murah Rezeki" kerana murah rezeki ini bermaksud rezeki kita yang sedikit. Tetapi kita berdoalah "Dimudahkan Rezeki" yang mana kita memohon Allah swt memudahkan segala urusan berkaitan rezeki agar masuk ke dalam kehidupan kita walau bagaimana susahnya pun urusan rezeki tersebut. Secara peribadinya saya mengamalkan bacaan Mudahkan Rezeki. Namun apapun urusan kita ini baik dari segi rezeki, kehidupan dan lain-lain adalah hak mutlak Allah swt. Kerana itu dalam perniagaan rumah burung ini kami tidak berani menjanjikan seratus peratus kejayaan, tetapi insyaAllah kami akan lakukan yang terbaik dan Allah swt menjadi saksi di atas segala pekerjaan kami. Semoga Allah swt menjanjikan kemenangan ke atas kita semua apatah lagi kita semua berniat segalanya kerana Allah swt semata-mata.


Wallahualam


Zahirudin Salehuddin

Pengarah Urusan MECTTEN BIRDNEST INDUSTRY SDN BHD

Selasa, 12 April 2011

PENGUMUMAN PENTING

Tuesday, April 12, 2011PENGUMUMAN PENTING Assalamualaikum. Mecten Sales & Services telah mengorak langkah ke hadapan apabila telah membuka dua syarikat baru. Mulai daripada sekarang, semua urusan Mecten Sales and Services akan dipindahkan secara berperingkat-peringkat kepada syarikat induk kami iaitu MECTTEN BIRDNEST INDUSTRY SDN BHD (933283-M). Berikut ialah hiraki kumpulan syarikat kami: MECTTEN BIRDNEST INDUSTRY SDN BHD (SYARIKAT INDUK) 1) MECTTEN FOOD INDUSTRY SDN BHD (Anak syarikat) 2) MECTEN SALES & SERVICES (Anak Syarikat). Sebarang Soalan boleh hubungi kami di 0133407323 En Affendi (CEO MECTTEN GROUP) Harap Maklum.

Isnin, 21 Mac 2011

VIDEO0053



TESTING PERMULAAN DI CHANGKAT BANJAR SELEPAS RUMAH SIAP. DALAM TIDAK SAMPAI SEMINIT BURUNG-BURUNG WALIT SUDAH MULA BERPUSING-PUSING DI TWITTER

RUMAH BURUNG MECTEN - CHANGKAT BANJAR PERAK



RUMAH BURUNG CHANGKAT BANJAR. PROJEK JV ke 4 SEWAKTU UJIAN PERTAMA DILAKUKAN. TIDAK SAMPAI SEMINIT BURUNG SUDAH MULA BERLEGAR-LEGAR DI LUAR RUMAH MENGELILINGI TWITTER

MECTEN BIRDNEST PERAK

Khamis, 10 Mac 2011

Catatan: Perjalanan ke Perak

Burung yang sedang mengeram telurnya di Layang-Layang Kanan.



Ini pula gambar di Nilai Negeri Sembilan. Burung sudah mula mengeram telurnya di sarang baru.


Alhamdulillah minggu lepas saya berangkat ke Perak bagi melihat perkembangan semua rumah burung.

Di Layang-Layang Kanan nampaknya sarang semakin bertambah. Terdapat juga burung yang sedang mengeram dan tidak memperdulikan kehadiran saya di situ. Sarang-sarangnya juga agak baik kualitinya. Burung juga semakin bertambah melalui pemantauan Mecten di Perak.


Di Lambor Kiri juga kelihatan burung sudah bertambah di dalamnya. Saya sendiri sudah tidak sabar untuk melihat sarang yang bakal terhasil. InsyaAllah semoga kita semua berdoa agar rumah burung di Lambor kiri akan berjaya seperti di Layang-Layang Kanan.


Di Tanjong Kubu/Tanjong Sari pula, seminggu selepas pelancaran, tompokan tahi burung sudah ada 4 tempat semuanya. Satu rekod baru yang di cipta di situ. Biasanya untuk burung tidur di dalamnya mengambil masa sebulan atau dua bulan. Namun di Tanjung Sari burung-burungnya mungkin sangat selesa di dalamnya.


Bagi Changkat Banjar pula bangunan sudah pun siap 95 peratus. InsyaAllah kami akan memanggil semua rakanniaga bagi pelancaran rumah tersebut dalam 2 minggu lagi. Burung juga sudah bermain-main di situ walaupun belum lagi di pasang suaranya.


Bagi rumah JV ke 5 kerja-kerja tanah sedang berjalan. Lokasi adalah berhampiran dengan rumah ke 3 di Tanjung Sari. InsyaAllah segalanya berjalan dengan baik.


Manakala di Titi Gantung pula adalah untuk rumah ke 6. Proses kemasukan barang sedang dijalankan. Kami akan melaksanakan yang terbaik bagi kerja-kerja pembinaan rumah burung di sana.


Rumah ke 7 iaitu di Setiawan pula insyaAllah akan dimulakan pada awal bulan 4 nanti. Di setiawan pernah kami mendengar sebuah rumah burung di sana menghasilkan 2 kilo sehari. Ini bermakna pendapatan tuan rumah terbabit sekitar RM 6 ribu ke 12 ribu sehari. Tiada yang mustahil jika rumah tersebut sudah mencapai tahap maksimum iaitu umur rumah burung tersebut sudah memasuki 4 ke 5 tahun lamanya.


Apapun ini semua kuasa Allah swt. Kita semua hanya mampu berusaha yang terbaik dan berdoa serta bertawakkal. Penentunya tetap Allah swt. Teruskan berdoa kerana kita sendiri tidak tahu doa siapakah di antara kita sebenarnya yang di makbulkan Allah swt. InsyaAllah.


Zahirudin Salehuddin

Pengarah Urusan MECTEN

Khamis, 3 Mac 2011

SARANG RUMAH LEBIH BERKUALITI

Assalamualaikum

Sarang burung yang bagaimana yang lebih berkualiti? Ada yang mengatakan sarang gua lebih mahal harganya kerana kualitinya lebih baik. Sebenarnya sarang gua harganya sekitar RM 1000 sekilo kerana sarangnya terlalu kotor. Bagi sarang rumah pula harganya sekitar RM 3000 ke 6000 sekilo.

Sarang yang terlalu kotor agak susah untuk dicuci. Baunya pula agak tengik. Manakala sarang rumah pula lebih bersih dan senang dicuci. Sarang yang baik akan berkeadaan lebih putih dan berat. Jika kita menggunakan sistem ventilasi yang baik maka sarang yang terbentuk akan menjadi lebih besar, berat dan lebih putih. Sarang di Layang-Layang Kanan Perak kualiti yang terbentuk ketika ini sangat baik. InsyaAllah kita akan melihat hasilnya apabila waktu menuai nanti.

InsyaAllah.

Azmir Affendi
0133407323

Rabu, 2 Februari 2011

KETINGGIAN BUKAN FAKTOR KEJAYAAN SESEBUAH RUMAH BURUNG

Assalamualaikum

Sering kali jika kita berjumpa dengan insan-insan yang berminat membina rumah burung walit akan bercerita mengenai formula kejayaan rumah burung. Pelbagai teori akan dikeluarkan seperti ketinggian, suara dan sebagainya.

Kita hanya menyentuh isu ketinggian dalam membina rumah burung pada kali ini. Rumah burung ini selalunya dikaitkan dengan ketinggian yang tidak harus tidak tahap minimanya ialah 2 tingkat. Bagi kebanyakan kontraktor rumah burung, mereka akan meletakkan harga sekitar RM 280 ribu hingga mencapai RM 350 ribu untuk 2 tingkat.

Sebenarnya ketinggian bagi saya tidak begitu penting tetapi saiznya perlulah mencapai 20 kaki lebar dan 60 kaki panjang. Ketinggian pula adalah sekitar 10 kaki minima diantara lantai dan siling. Terdapat masalah jika ketinggian diantara lantai dan siling berada di bawah paras 10 kaki. Ini kerana ianya akan menyebabkan ventilasi udara akan menjadi panas. Ini akan menyebabkan kita perlu menambah kos dengan membeli peralatan penyejuk seperti kipas, netting, kolam air dan sebagainya.

Rumah burung tidaklah semestinya menjangkau 2 tingkat untuk berjaya. Untuk pengetahuan semua, ada rumah burung yang dibina sehingga 5 tingkat pun masih gagal menarik burung masuk walaupun usianya sudah menjangkau 3 tahun. Apa yang penting ialah bagaimana caranya kita menarik burung-burung tadi supaya turun ke bawah dan melakukan terbangan di dalam rumah burung kita. Buktinya sudah pun kami buktikan di setiap projek kami selama ini. Cuma untuk menunggu sarang terbentuk ianya perlulah dengan penuh kesabaran. Fikirkan jangka panjang dan insyaAllah segala penat lelah kita akan terbalas jua akhirnya.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan Mecten

Ahad, 30 Januari 2011

SUARA BURUNG YG BAIK ANTARA FAKTOR KEJAYAAN RUMAH BURUNG

Assalamualaikum.

Di Malaysia begitu banyak rumah burung yang gagal. Terdapat pelbagai faktor utama, namun apa yang ingin saya sentuh disini ialah kesesuaian suara burung.

Terdapat rumah burung yang menggunakan suara pemanggil (external sound) yang dapat memanggil ribuan burung dalam masa yang singkat namun gagal memikat burung-burung untuk masuk melakukan terbangan "survey" di dalamnya.

Pelajaran pertama - Jangan terpedaya dengan rumah burung yang banyak burung berlegar-legar di luar tetapi burungnya tidak masuk ke dalamnya. Biarlah burung yang berlegar agak sedikit namun burung-burung ini masuk ke dalam rumah tersebut.

Kebanyakan suara burung yang kita perolehi samada secara membeli atau dapat dari orang lain, belum tentu baik walaupun diceritakan kepada kita suara tersebut sangat baik. Ianya hanya dapat dikatakan baik jika mampu memujuk burung-burung tersebut agar masuk ke dalamnya. Selagi ianya gagal memujuk burung-burung tersebut maka ianya adalah suara burung yang gagal.

Agak mudah untuk kita melakukan ujian suara. Pertama, bila kita pasang sahaja suara burung akan datang ke arah suara tersebut. Jika burung hanya bermain-main sayup di awanan maka suara kita belum lagi terbukti baik. Suara yang baik mampu menarik burung walit turun ke bawah dan bermain-main di tepi twitter kita.

Di Pahang kami pernah mencuba sebidang tanah di Kuantan. Pada mulanya hanya seekor sahaja yang datang dan setelah setengah jam begitu banyak burung yang tiba dan meluncur betul-betul di atas kepala kami.

Pastikan juga ianya bukan bunyi burung yang ditekan. Kebanyakan suara yang dijual di pasaran menggunakan teknik menekan (Depression) kepada burung walit. Ini akan menyebabkan begitu banyak burung yang akan datang tetapi bukan kerana mereka tertarik kepada suara ini tetapi lebih kepada ingin menolong rakannya yang ditekan dalam bentuk suara tadi.

Pastikan kita menggunakan suara luar yang betul. Jika tidak, bersedialah menerima nasib rumah burung anda tidak dihuni burung walaupun banyak burung yang berlegar-legar diluarnya.

Wallahualam

Terima kasih

Zahirudin Salehuddin

Ahad, 12 Disember 2010

Benarkah rumah burung walit menganggu masyarakat setempat?


Assalamualaikum


Benarkah rumah burung walit menganggu masyarakat setempat? Saya telah pergi ke merata-rata tempat di Malaysia. Memang terdapat rumah burung yang dibina berdekatan dengan rumah kediaman. Dengan suara yang nyaring pastilah akan menyebabkan jiran-jiran tetangga tidak selesa.


Untuk menghindari keadaan ini, adalah dinasihatkan semua yang berminat untuk membinanya di atas tanah pertanian. Hanya di atas tanah tersebut rumah burung dibenarkan dibina oleh kerajaan. Dinasihatkan juga agar kekuatan bunyi rumah burung tidak melebihi 40 decibell. Setiap twitter yang dipasang mestilah di dongakkan 60 darjah ke atas agar suaranya tidak nyaring ke bawah.


Untuk pengetahuan semua, burung walit ini tidak membawa sebarang penyakit merbahaya seperti selsema burung. Ini kerana mereka tidak menjejakkan kaki mereka ke muka bumi. Mereka hanya mencangkukkan kaki mereka di tempat yang sesuai sahaja. Jika terdapat sebarang aduan dari orang ramai yang mengatakan burung walit membuang najis mereka di merata-rata tempat adalah tidak benar sama sekali. Burung walit biasanya akan membuang najis apabila mereka mencangkuk dan selalunya mereka hanya mencangkuk di dalam rumah. Jika ada pengusaha yang mengusahakan di rumah kedai, dan di luar rumah kedai tersebut terdapat banyak najis burung, maka ianya bukan najis burung walit tetapi najis burung lain seperti burung layang-layang tanah dan sebagainya.


Sebenarnya walaupun burung walit ini tidak membawa sebarang masalah kesihatan dan sebagainya, adalah dinasihatkan agar kita membinanya di tanah pertanian. Jika kita membinanya di kawasan berpenempatan orang ramai, ianya akan menganggu kehidupan orang lain yang sama sekali dilarang oleh agama kita. Bayangkan jika jiran kita ingin beribadah seperti bersolat, bersuluk dan lain-lain, ianya pasti menganggu mereka. Apatah lagi jika ada anak-anak kecil yang sedang tidur atau yang sedang menelaah buku pelajaran. Jadi, pilihlah tempat yang sesuai dan jauh sedikit dari jiran tetangga. InsyaAllah, dengan menjaga hati jiran-jiran kita, Allah swt akan memberikan pulangan yang berlipat kali ganda buat kita semua. Wallahualam


Zahirudin Salehuddin

MECTEN FOUNDER

Selasa, 30 November 2010

Catatan ke Memali

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya telah ke Memali bagi majlis memperingati sejarah Memali selama 25 tahun. Pejam celik pejam celik sudah 25 tahun kejadian ini berlaku. Rasanya baru sebentar tadi kita menyaksikan peristiwa hitam ini di kaca televisyen.

Begitu ramai orang yang berkunjung baik dari dalam dan luar negeri Kedah. Saya sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke Memali. Sewaktu kami di sana, kami menyewa dua buah bilik homestay di Hulu Legong. Keadaan di situ agak pelik juga. Homestay yang disediakan bagaikan satu perkampungan kecil. Apabila kami memasuki kawasan tersebut kami telah dikenakan caj parking. Sesuatu yang belum pernah saya jumpa. Di situ juga terdapat kolam air panas. Namun saya tak sempat nak berendam dalamnya.

Namun terdapat juga pengusaha yang tidak mesra. Ini merupakan salah satu faktor kelemahan orang-orang kita. Pengusaha di sebelah tempat kami menyewa, meletakkan tong sampah pada laluan keluar dari homestay mereka sedangkan jalan keluar masuk boleh dikongsi bersama. Sebagai masyarakat Islam kita perlu bersatu terutama dalam membangunkan ekonomi orang-orang Islam. Jangan dibiarkan masalah kecil boleh menghalang kejayaan kita.

Sewaktu kami di sana memang terdapat begitu banyak burung walit. Jumlahnya juga agak mengagumkan. Tersenyum saya melihat taburan burung di situ. Hati kecil berbisik, siapa cepat dia dapat. Nasib baik kawasan kebanyakan rezab orang -orang Melayu. Kalau tidak..entahle.

Apapun terima kasih buat seluruh warga Islam yang telah bersama-sama menyokong program Memali ini. Kami amat bersyukur kerana telah terlibat dalam program ini. Sesungguhnya kerja-kerja jihad ini tidak akan pernah tamat selagi nyawa dikandung badan. InsyaAllah semoga semuanya akan menjadi lebih baik di masa hadapan.

ZAHIRUDIN SALEHUDDIN

Isnin, 29 November 2010

MECTEN Penaja Bersama Program Memperingati Memali 25 tahun










Assalamualaikum. Pertamanya kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dewan Pemuda Pas Kedah, yan telah sudi menjemput kami sebagai penaja bersama Majlis Memperingati Memali 25 tahun pada minggu lepas. Kami juga ingin memanjangkan ucapan ini kepada Pimpinan Pas Kedah, malahan pimpinan Pas Pusat kerana memberikan laluan kepada kami untuk memperkenalkan perniagaan sarang burung ini kepada seluruh rakyat beragama Islam.

Kami juga ingin berterima kasih kepada semua pengunjung yang telah mengunjungi tapak gerai kami di Memali. Jutaan terima kasih bagi yang telah membeli lot dan juga tempahan rumah burung sebuah-sebuah secara persendirian seperti di Baling, Pahang, Pengkalan Hulu, Selangor, Perak dan lain-lain.


Kami juga tidak menyangka sambutan yang begitu hebat di majlis ini dan amat mengharapkan agar kami dijemput sekali lagi menjadi penaja bagi program ini.

Jazakallah


Azmir Effendi

CEO MECTEN

0133407323

Rabu, 27 Oktober 2010

Bukti Walit mempunyai kaki


Assalamualaikum.


Gambar di atas adalah bukti jelas walit mempunyyai kaki yang panjangnya seperti burung-burung lain yang mempunyai saiz sepertinya. jika ada sesiapa yang beritahu anda burung walit tidak berkaki, ianya tidak betul sama sekali.


Zahirudin Salehuddin

Pengarah Urusan Mecten

Selasa, 26 Oktober 2010

Burung Walet di Bangi

Assalamualaikum.

Mecten telah mengadakan satu survey dan testing bunyi di Bandar Seri Putra Bangi. Ramai orang melayu pernah bertanya saya, di Bangi ada tak burung walit. Saya kata banyak sekali. Mereka bertanya saya kenapa tiada rumah burung di bangi. Saya kata sebab orang melayu tidak tahu tentang kebaikan bisnes ini.

Kalau diperhatikan betul-betul, memang banyak sekali koloni burung walit di sini. Cuma mungkin tiada keberanian orang-orang melayu untuk membina rumah burung seperti orang-orang cina yang membuka rumah burung di Kajang termasuklah di tengah-tengah bandar kajang.

Bak kata pepatah melayu siapa cepat dia dapat.

Azmir Affendi

0133407323

Sabtu, 23 Oktober 2010

Fakta Burung Walit Yang Harus Diperbetulkan.

Assalamualaikum

Benarkah burung walit tidak berkaki cuma mempunyai kuku yang panjang? Benarkah mereka ini bergayut seperti kelawar?

Sebenarnya burung walit ini berkaki. Namun kakinya agak lembik untuk mereka berjalan di atas tanah. Mereka ini tidak boleh hinggap di atas permukaan yang besar dari kukunya. Seperti di talian elektrik di luar rumah kita. Jika anda lihat banyak burung layang-layang yang hinggap di luar rumah anda, maka itu bukanlah walit. Walit ini hanya akan hinggap di tempat yang membolehkannya untuk mencangkuk. Seperti di dalam rumah burung, papan yang kami pasang adalah dari jenis kayu meranti merah. Mereka selesa mencangkuk dan bersarang di dalamnya.

Jika kita memegang burung walit (anaknya yg baru belajar terbang) dan lepaskan ke tanah, burung ini masih boleh terbang semula dengan melonjakkan kakinya tadi. Teori yang mengatakan burung ini tidak boleh terkena tanah dan akan mati sama seperti kisah burung cenderawasih adalah kurang tepat.

Burung walit ini akan terbang selama berbelas jam dan selalunya akan masuk ke rumah burug apabila mahu melakukan terbangan survey pada sebelah siang atau pun tengahari. Rumahnya perlulah dibina dalamnya seperti gua. Saiz yang sesuai ialah pada kadar 20kaki x 60kaki (minima). Jika dibina kurang dari saiz tersebut berkemungkinan besar burung tidak akan tidur walaupun masuk.

Banyak lagi fakta yang perlu di perbetulkan. InsyaAllah sebarang soalan bolehlah emelkan ke mdmecten@gmail.com

Terima kasih

Zahirudin Salehuddin

Sabtu, 16 Oktober 2010

Perbezaan harga rumah burung walit


Assalamualaikum

Terdapat perbezaan harga rumah burung walit dari setiap kontraktor. Mengapa ada yang menawarkan harga cukup murah? Sebagai contoh, kami menawarkan harga setingkat RM 140 ribu. Ada kontraktor yang menawarkan serendah RM 80 ribu.

Di sini ingin saya berikan perbezaannya. Pertamanya harga kami lebih tinggi kerana kami membina rumah burung menggunakan bahan yang berkualiti. Memang ada rumah burung yang dibina RM 80 ribu. Tetapi jika kita lihat dalaman mereka, ianya amat berbeza. Baru-baru ini saya pergi melihat sebuah rumah burung di Selangor setingkat. Amat menyedihkan apabila rumah burung baru setahun sudah pun bocor di sana sini. Mereka tidak menggunakan plaster syiling seperti kami tetapi hanya menggunakan plywood nipis. Akibatnya ada yang sudah dimakan kulat.

Keadaannya pula cukup panas. Bahan kayu meranti pula tidak berkualiti dan di kitarsemula dari rumah lain. Sistem audio yang saya gelar standard kedua. Banyak lagi jika ingin saya komen.

Dari segala jenis masalah tersebut, terdapat satu masalah yang akan timbul dan akan menjadi masalah paling besar iaitu burung tidak mahu tinggal di dalamnya. Ini kerana masalah seperti panas dan tidak selesa.

Seperkara yang perlu diingatkan ialah kami sentiasa menjaga kualiti dan memantau rumah burung sehingga bersarang. Ini lah faktor utama dimana saya lihat rumah burung yang berjaya perlu dipantau dan di selenggara. Saya sudah pergi banyak rumah burung yang gagal kerana tidak ada pemantauan dan penyelenggaraan.

Kebanyakan kontraktor mengaku tahu buat. Setelah siap, rumah tersebut terus ditinggalkan walaupun mereka berjanji akan membuat jaminan menunggu sehingga burung bersarang.

Dalam satu kes di Sg Besar, saya di panggil ke sebuah rumah burung 3 tingkat milik seorang makcik melayu. Dia memberikan kerja membina kepada seorang kontraktor Cina. Untuk 3 tingkat harganya RM 350 ribu (kami RM 340ribu). Setelah menunggu 1 tahun dan 8 bulan rumah burungnya tidak dimasuki walau seekor burung. Apabila beliau memanggil semula kontraktornya, kontraktor tersebut menyuruh makcik tadi supaya bersabar dan terus menunggu.

Bayangkan apa akan jadi kepada pemilik rumah burung yang telah melabur RM 350ribu dan setelah hampir dua tahun belum ada burung yang masuk apatah lagi bersarang? Akhirnya beliau memanggil kami untuk "menyelamatkan" rumah burung tersebut. Alhamdulillah setelah tiga bulan kami melakukan kerja-kerja pembaikan, begitu banyak burung yang masuk.

Kita juga kena akui 60 peratus rumah burung di Malaysia gagal. Bukan kerana perniagaan ini tidak baik tetapi kerana kegagalan kontraktor membinanya dengan hati yang ikhlas. Kami menawarkan khidmat yang amat berpatutan dari segi kualiti dan pemantauan. Jangan disebabkan kita ingin menjimatkan kos yang sedikit, tetapi kita sendiri akan kerugian besar pada masa hadapan. Ini kerana kos untuk membaik pulih selalunya amat tinggi. Bukan kerana harga barang-barang untuk membaikinya, tetapi kerana kemahiran untuk memanggil burung tidur dan bersarang di dalamnya yang mahal.

Kerana itu saya selalu berpesan kepada semua pelanggan saya, jangan terpedaya dengan harga yang murah tetapi hasilnya sungguh mengecewakan. Apatah lagi rumah burung yang dibina setingkat, mampu memberi pulangan RM 1 juta dalam masa 5 tahun. Marilah kita sama-sama memikirkannya.

Wallahualam.

Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTEN

Bisnes Walet dalam belanjawan 2011

Petikan


Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit

Membuat lawatan di Perak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah saya sekarang berada di Perak bagi melihat rumah burung di sana. Untuk makluman semua, saya cukup gembira apabila melihat rumah burung bagi projek JV yang pertama begitu banyak sekali burung yang masuk ke dalam rumah burung pada jam 2 tadi. Nampaknya rumah burung ini insyaAllah akan menepati ramalan saya iaitu akan penuh dalam tahun ke 3 atau ke 4

Bagi rumah di Lambor kiri projek JV ke 2, saya telah ke sana pada jam 3 tadi. Sewaktu kami hendak masuk ke dalamnya tadi, terdapat burung walit yang bersaiz agak besar (hampir dewasa) sedang berlegar-legar di dalamnya. Terdapat lebih kurang 40 ekor kawanan burung walit yang berlegar-legar di atas rumah tersebut.

Bagi projek JV ke 3, kami sekali lagi terpaksa menukar lokasi. Ini berikutan pembatalan tuan tanah yang menolak tawaran perjanjian di saat-saat akhir di sebabkan masalah dari pihak tuan tanah sendiri. Bagaimanapun kami sedang berusaha keras dalam menentukan beberapa lokasi strategik yang ada dalam tangan kami ketika ini. Kami akan membuat update dalam blog ini jika tanah yang sesuai sudah di putuskan.

Terima kasih

Zahirudin salehuddin
Pengarah Urusan Mecten

Isnin, 11 Oktober 2010

Baik pulih rumah burung yang gagal

Assalamualaikum

Pada hari sabtu yang lalu kami telah pergi ke Bukit Beruntung bagi membaiki rumah burung yang gagal. Pemiliknya telah menelefon kami dan menceritakan masalahnya.

Rumah tersebut sudah setahun beroperasi dan sarangnya hanya ada satu sahaja. Dari pemerhatian kami rumah tersebut didiami tidak sampai 10 ekor burung walit. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana kawasan tersebut mempunyai begitu banyak koloni burung walit.

Berikut ialah beberapa faktor kegagalan rumah burung tersebut:

1) Bunyi suara luar yang kurang menarik.
2) Keadaan dalaman yang cukup panas.
3) Bunyi dalaman yang tidak baik.
4) Kelembapan yang kurang
5) Pintu masuk yang tidak sesuai
6) Tiada bau aroma dinding dan papan

Saya selalu berpesan dengan pengusaha rumah walit agar mencari kontraktor yang arif, berpengalaman dan yang paling penting jujur dan amanah. Kita tidak mahu kontraktor yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Jangan hanya tahu buat tetapi bila sudah siap ditinggalkan sahaja tanpa di pantau. Setiap pemilik rumah mestilah mahukan hasilnya setelah wang yang banyak telah dilabur.

Wallahualam

Azmir Affendi
0133407323
CEO MECTEN

Khamis, 7 Oktober 2010

Anda mempunyai Sarang Burung?


Assalamualaikum.

Jika anda mempunyai sarang burung dan ingin mencari pembeli, kami boleh menemukan anda dengan mereka. Harga biasanya sekitar RM 3000 ke RM 6000 sekilo. Jika berminat boleh emelkan ke
mdmecten@gmail.com

Syarat-syaratnya:

1) Sarang burung anda adalah dari rumah anda sendiri.
2) Direct owner dan bukan orang tengah
3) Perlu membuktikan anda mempunyai rumah burung tersebut. Ini kerana buyer tidak akan membeli sarang dari anda jika tidak mempunyai rumah burung. Ini kerana dikhuatiri ianya sarang curi.
4) Kami akan mengenakan caj 10 peratus dari setiap jualan.

Perhatian:
Hanya yang benar-benar mempunyai sarang burung sahaja akan dilayan.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Industri Walit: Persaingan Malaysia dan Indonesia


Assalamualaikum.


Umum mengetahui industri sarang burung di Indonesia jauh lebih besar dan maju. Di Indonesia, taburan burung walit terlalu banyak. Kerana itulah di sana jangan terkejut jika ada Pemaju yang membangunkan rumah dan pembeli membeli rumah dengan dana pinjaman bank seperti di Malaysia tetapi bukanlah untuk tujuan pembeli mendudukinya. Ianya dibeli bagi menyediakan rumah untuk burung-burung walit. Begitu hebat di sana. Maka tidak hairanlah jika Indonesia mengeluarkan 60% bagi pasaran dunia. Malaysia pula menghasilkan 7% sahaja ketika ini.


Menurut laporan Jabatan Verterina Malaysia adalah dijangkakan industri sarang burung walit di Indonesia bakal mengatasi industri petroleum dan gas di sana dari segi pendapatannya. Manakala di Malaysia pula kerajaan telah pun memperuntukkan RM 146 juta dana pinjaman bagi pembangunan rumah burung walit ini. Malaysia dijangka dapat menghasilkan jualan sebanyak RM 10 billion dari industri sarang burung menjelang 2020.


Tidak mustahil ekonomi Malaysia mampu di jana hebat oleh industri sarang burung ini. Dan sekali lagi perlu diingatkan industri ini bernilai berbillion ringgit dan bukannya jutaan ringgit. Kita lah penentunya samada ingin bersama menjadi perintis atau membiarkan peluang ini terus berlalu.


Zahirudin Salehuddin

Pengarah Urusan Mecten


Sabtu, 25 September 2010

Melihat sarang burung di rumah burung walit Nilai

Satu lawatan telah dibuat di rumah burung di Nilai milik MECTEN oleh en Zahir selaku Pengarah Urusan.

Boleh dilihat sarang yang dibuat oleh burung di dinding. Di mana sahaja yang difikirkan burung tadi sesuai untuk di buat sarang maka mereka akan membuatnya asalkan ianya kukuh dan tidak terjatuh.

Jumaat, 24 September 2010

Saiz Rumah Burung minima Yang Sesuai




Assalamualaikum
Berapakah saiz rumah burung yang sesuai sebenarnya? Ada yang kata buat kecil-kecil pun boleh.
Bagi saya, saiz yang paling minima yang sesuai ialah 20 kaki x 60 kaki. Ianya satu keluasan yang membolehkan burung-burung walit melakukan terbangan "survey" yang selesa di dalamnya. Untuk pengetahuan semua, burung walit ini akan melakukan terjunan dan terbangan "survey" selama beberapa ketika bagi memastikan rumah tersebut sesuai untuk mereka. Mereka akan masuk setelah yakin rumah tersebut selamat dan mula mencuba bermain-main di dalamnya. Mereka akan melakukan terbangan dan pusingan berkali-kali di dalam rumah burung tersebut. Jika suasana dalamannya sangat selesa dan suara dalaman pula mengasyikkan, maka mereka akan mula belajar mencangkuk pula. Kita boleh melihat mereka mula mencangkuk di twitter-twitter kerana terpesona dengan bunyi-bunyiannya.
Saiz yang kurang dari apa yang saya katakan tadi adalah sangat berisiko besar untuk tidak disinggahi burung walit. Perlu diingatkan burung walit di Malaysia adalah berbeza dengan burung di Indonesia. Di Indonesia suasana jumlah burung walit terlalu banyak sehinggakan jika dibina rumah burung yang kecil dan tak selesa, burung tetap masuk. Tidak seperti Malaysia, rumah burung di sini perlukan keselesaan. Burung di Malaysia agak "memilih". Memang agak lucu bunyinya tetapi itulah hakikatnya.
Affendi
CEO MECTEN GROUP

Rabu, 8 September 2010

MECTEN-Bukti burung walit masuk ke rumah walau setingkat tingginya.MP4

Benarkah burung walit tidak masuk ke dalam rumah burung yang berketinggian setingkat seperti yang MECTEN lakukan? Video ini adalah bukti bagaimana burung walit masuk dan bermain-main di dalamnya.

Rumah burung setingkat bersaiz 20kaki x 80 kaki mampu menjana RM 1 juta ke atas dalam masa 5 tahun, insyaAllah.

Selasa, 7 September 2010

MECTEN:Burung Walit terbang survey dalam rumah burung Lambor Kiri.MP4

Video ini dirakam di rumah burung walit di Lambor Kiri utk projek JV ke 2. Baru tidak sampai sebulan sudah ada burung walit yang melakukan terbang survey bagi melihat kesesuaiannya utk dijadikan tempat tinggal mereka.

Isnin, 6 September 2010

Ciri-ciri burung walit


Burung walit yang sedang asyik mendengar bunyi twitter sambil memejamkan mata. Bunyi twitter yang baik boleh mengkhayalkan mereka dan memberikan ketenteraman di hati mereka. Gambar ini merupakan bukti yang cukup jelas.




Assalamualaikum




Ramai yang tidak menyedari kehadiran burung-burung walit ini di kawasan mereka. Kajian mendapati 98% rakyat Malaysia tidak mengetahui mengenai bisnes sarang burung ini.




Dibawah ini diceritakan serba sedikit ciri-ciri burung walit:




1) Mempunyai sayap seperti bentuk sabit




2) Terbang dalam keadaan ke kiri dan ke kanan (seperti mabuk).




3) Terbang selama berbelas-belas jam.




4) Tidak hinggap di pohon, wayar talian atau mendarat di atas tanah.




5) Hanya mencangkuk di mana-mana yang sesuai utk mereka cangkuk.




6) Mempunyai kaki yang lembut dan kuku yang kuat (Jika ada yang mengatakan walit tidak mempunyai kaki, maka info tersebut adalah salah sama sekali)




7) Bulunya berwarna hitam dan sedikit kelabu.



8) Hanya akan duduk dan mendiami tempat yang gelap.




9) Membuat sarang melalui air liurnya.




Terdapat beberapa ciri-ciri lagi yang boleh disebutkan. Cukuplah dahulu maklumat kali ini.






Terima kasih


Azmir Affendi


CEO MECTEN GROUP


0133407323

Burung walit berlegar di Rumah Burung Setingkat Layang Kanan.MP4

Burung Walit / walet terbang dalam rumah burung setingkat diLayang Kanan...

Isnin, 30 Ogos 2010

HARGA RUMAH WALIT YANG BELUM DAN SUDAH DIBINA

CONTOH RUPABENTUK RUMAH BURUNG WALIT 3 TINGKAT YANG DIBINA OLEH MECTEN

Assalamualaikum

Baru sahaja terbaca satu iklan rumah burung yang baru dibina dan ingin dijual. 3 tingkat dengan keluasan 25 kaki x 75 kaki x 3 tingkat. Harganya RM 450ribu. Belum ada sarang. Tanah pula disewa dengan tuan tanah RM5200 setahun. Lokasi Sarawak.

Hmmm. Saya termenung seketika. Harga kami hanyalah RM 350 ribu untuk saiz 20 kaki x 80 kaki x 3 tingkat. Dan selalunya dibina atas tanah owner sendiri. Namun itulah hakikatnya harga rumah burung di Malaysia. Sebelum dan sesudah dibina harganya berbeza. Jangan terkejut jika anda mempunyai sebuah rumah burung dan mempunyai sarang di dalamnya, ada yang sanggup beli 1 juta ke atas.

Begitulah rumitnya memahami kehendak pembeli-pembeli ini. Hanya yang sudah berada di dalam industri ini yang akan mengetahui dan menyedari betapa ruginya kita yang buat-buat tak tahu atau tak mahu mengambil tahu.


Ahmad Rithauddin
Business Development Director MECTEN GROUP

Rabu, 25 Ogos 2010

MENGATASI RUMAH BURUNG YANG BERMASALAH

Keadaan dalaman yang selesa dan cukup besar adalah sangat penting. Begitu juga suhu yang sesuai amatlah diperlukan bagi penghasilan sarang yang berkualiti.

Kesan najis burung begini adalah petanda bahawa burung sudah mula tidur dan menjadikan rumah tersebut rumah mereka sehingga mereka mati.


Sarang burung yang mula kelihatan di rumah burung Teluk Intan.


Assalamualaikum

Rumah burung di Malaysia sudah mencecah 46 ribu buah. Tidak dapat saya nak memastikan adakah ianya satu jumlah yang tepat. Di Setiawan pula dikatakan terdapat 800 buah rumah burung. Di situlah tempat pusat rumah burung paling besar di Malaysia. Disebabkan jumlah rumah burung yang banyak telah menyebabkan begitu banyak burung walit membiak.


Maka tidaklah menghairankan kita jika di Perak Tengah seperti Bota, Parit, Layang-Layang, Kg Gajah dan yang berhampiran dengannya jumlah burung walit cukup banyak. Namun burung walit yang banyak belum tentu menjanjikan rumah burung yang dibina akan dimasuki burung walit jika pembinaannya tidak betul.


Baru-baru ini saya bertemu beberapa pengusaha rumah burung walit yang mana mengakui rumah burung mereka tidak dimasuki burung walaupun dibina 3 ke 5 tingkat tingginya. Malah ada pengusaha rumah burung walit ini sudah menunggu sehingga 6 ke 7 tahun. MasyaAllah. Berat sungguh bebanan dan cubaan yang mereka terima.


Namun begitu kami bersyukur ke hadrat Allah rumah burung yang dibina oleh kami walaupun baru mencecah beberapa bulan sudah ada burung yang tidur walaupun hanya setingkat. Terdapat beberapa perkara yang boleh kita ambil tahu jika rumah burung tidak dimasuki burung walit. Kita perlu ketahui satu petua yang mudah untuk melihat rumah burung yang dibina betul atau tidak iaitu jika dalam tempoh 6 bulan belum ada tanda burung walit sudah tidur di dalamnya maka rumah burung tersebut terdapat kesilapan di dalam pembinaannya.


Antara kesilapan yang berlaku ialah:

1) Keadaan dalaman yang tidak selesa bagi burung untuk terbang dan berpusing-pusing di dalamnya. Saiz minima yang sesuai bagi rumah burung ini ialah 20 kaki x 60 kaki. Jika saiz dibuat kecl dari ukuran ini, risiko untuk gagal cukup tinggi.

2) Keadaan suhu puncak sejuk dan puncak panas. Puncak sejuk perlulah sekitar 26 darjah celcius dan puncak panas perlulah tidak melebihi 30 darjah (+-2darjah).

3) Kesesuaian suara burung yang dipasang perlulah sesuai. Suara burung yang menekan dan tidak natural hanya akan menghalau burung-burung dari menghampiri rumah burung. Jangan beli suara burung yang terlalu murah. Biasanya suara burung yang baik berharga sekitar RM 500 ke 1500 satu suara.

4) Pemangsa yang berada di luar dan di dalam rumah seperti burung hantu, tikus, cicak, biawak, lipas dan lain-lain.


5) Kecerahan yang tinggi di dalam rumah burung.


6) Pintu masuk yang tidak betul seperti arah yang salah, sudut terjunan yang tidak menepati darjah terbangan burung-burung tersebut.

7) Tiada bau yang sesuai untuk menarik burung-burung ini untuk memberitahu kepada mereka rumah tersebut kononnya sudah dihuni koloni mereka.


8) Papan untuk mereka bergayut dan mencangkuk tidak sesuai.


9) Kekerapan keluar masuk orang di dalamnya.

Dan banyak lagi untuk diperbincangkan. Kerana itulah apabila sesebuah rumah yang silap dibina akan mengundang kerugian dan kos baik pulih jika ingin dilakukan oleh orang-orang yang pakar agak mahal. Namun jika tidak di baik pulih pengusaha akan lebih rugi. Pesanan kami berhati-hati dengan mereka yang mengaku pakar. Pastikan dahulu latar belakang mereka. Ada juga kontraktor yang mengaku buat sendiri tetapi apabila diberi peluang kerja, mereka akan beri pula pada "pakar yang sebenar". Akhirnya jika rumah burung yang dibina tidak dimasuki burung mereka-mereka ini tidak mahu bertanggungjawab. Bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kerana mereka tidak tahu.



Zahirudin Salehuddin

Pengarah Urusan Mecten

Selasa, 24 Ogos 2010

Pendapatan bagi sebuah rumah burung walit


Assalamualaikum


Terdapat beberapa jenis rumah burung walit. Ianya berbeza dari segi saiz dan ketinggian. Secara mudahnya untuk kita mengetahui berapakah sarang burung yang boleh dihasilkan bagi sesebuah rumah burung ialah dengan mengetahui saiznya.


Berikut ialah maklumatnya:


Rumah setingkat bersaiz 20kaki x 80kaki akan menghasilkan 10kg sarang burung bagi setiap bulan apabila ianya mencecah tahap maksimum pada tahun ke 5 (pada kebiasaannya).


Jika kita mempunyai bangunan 2 tingkat dengan keluasan yang sama bererti ianya boleh memberikan pulangan sarang burung 20kg setiap bulan.


Begitulah pengiraan seterusnya bagi rumah burung yang dibina 3 hingga 4 tingkat.


Bagi saya, kita tidak perlu memikirkan jumlah yang terlalu tinggi. Untuk sebuah rumah setingkat, cukuplah jika ianya memulangkan 5kg sarang setiap bulan. Katalah harga sarang pada RM 4000, maka pendapatan sebuah rumah akan mencecah RM 20 ribu bagi bulan tersebut.


Saya ada mendengar dari seorang sifu rumah burung terdapat rumah pelanggannya di Perak menghasilkan 2kg sarang setiap hari. Saya sendiri tidak melihat rumah tersebut cuma diceritakan oleh sifu tersebut.


Kerana itulah saya sering mengatakan tempoh maksimum bagi rumah burung adalah dalam masa 5 tahun. Namun tidak mustahil dengan kuasa Allah, rumah yang dibina boleh mencapai tahap maksimum dalam 3 tahun sahaja bahkan mungkin dalam 2 tahun. Segalanya berkemungkinan. Dengan usaha yang betul, kita berdoa dan bertawakkal. Tiada yang mustahil jika Allah berkehendakkan. InsyaAllah.


Zahirudin Salehuddin

Pengarah Urusan Mecten

Isnin, 23 Ogos 2010

RAMADHAN - Bantulah bagi yang memerlukan




Assalamualaikum
Saya sempat ke bazar ramadhan di Bandar Seri Putra, Bangi. Meriah sungguh suasana. Begitu ramai penjual dan pembeli. Alhamdulillah. Itu petanda bahawasanya masyarakat kita masih lagi mempunyai buying power yang baik.
Dalam pada saya berjalan-jalan di Bazar, mata tertumpu kepada insan-insan yang kurang bernasib baik. Mereka meminta belas kasihan dan ihsan kita agar menderma. Sebagai hamba Allah, kita perlulah membantu mereka tanpa ada perasaan was-was atau bersangka buruk. Berilah bantuan seadanya. Hanya Allah jua tempat untuk kita berpaut. Samada peminta sedekah ini menipu atau tidak, ianya bukanlah urusan kita. Kita hanya membantu berdasarkan pandangan zahirnya.
Saya juga berdoa ke hadrat Allah agar projek walit yang kita buat ini bakal memberikan hasil yang lumayan. Terlalu banyak yang ingin kita bentuk dan bina terutamanya dari segi ekonomi. Dengan kekuatan ekonomi ummah, insyaAllah kita mampu membantu sesama kita malahan mampu pula untuk membentuk ummat Islam yang kuat dan berkuasa. InsyaAllah. Jika diberi hidayah dan kita boleh bersatu tanpa ada pra sangka yang buruk, kita boleh menjadi pemangkin umat Islam yang ingin berubah.
Zahirudin Salehuddin
Pnegarah Urusan MECTEN GROUP

Khamis, 19 Ogos 2010

Burung Walit di Pahang

Pemandangan indah yang sempat dirakamkan.

Gambar burung-burung yang datang berterbangan berhampiran kereta kami


Ujian suara ini hanya kami jalankan hampir jam 12 tengahari. Selalunya waktu tengahari burung-burung walit akan terbang tinggi di awan namun alhamdulillah dengan izin Allah burung-burung walit hampir 20 ekor datang dan terbang di atas kepala kami walaupun bunyi dipasang tidak sampai 10 minit. Alhamdulillah ya Allah.



Assalamualaikum

Kami baru sahaja pulang dari Pahang. Kami ke sana semenjak hari Rabu untuk berjumpa beberapa client termasuk jemputan dari wakil PAS Pahang, Tuan Haji Yunus. Terima kasih di atas sokongan dan permintaan yang cukup baik kami terima setakat ini.
Terima kasih juga kepada EnciK Jaafar dan Encik Zarif kerana berminat untuk
membina sebuah rumah burung di atas tanah mereka sendiri.


Terdapat beberapa lagi temujanji yang terpaksa kami tunda kerana kami terpaksa pulang awal sehari dari jadual kerana ada urusan penting yang terpaksa kami lakukan.


Sekali kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Jazakallah


Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan Mecten Group

Ahad, 15 Ogos 2010

Walit Anugerah Allah Dari Langit






Assalamualaikum


Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Petang tadi saya sempat singgah ke rumah burung Nilai bagi menukar suara. Suara perlu ditukar apabila kita melihat terdapat koloni-koloni burung yang baru yang terbang tetapi masih ragu-ragu untuk masuk ke rumah burung kita. Alhamdulillah, sewaktu masuk jam 3.30 tadi kelihatan burung-burung walit sedang terbang mundar-mandir di dalamnya.

Walit atau walet dalam panggilan bahasa indonesianya, merupakan anugerah dari Allah swt kepada kita. Di Malaysia burung walit ini begitu banyak di persekitaran kita. Cuma kita tidak sedar kehadirannya. Ianya hanya ada di Asia Tenggara. Seperti semua sedia maklum di Indonesia ianya tidak lagi sama seperti di Malaysia. Di sana industri ini sangat maju. Jika di Malaysia, kita buat pinjaman rumah untuk kita duduki, tetapi di sana kita buat pinjaman rumah tetapi untuk diduduki oleh burung-burung walit. Pelikkan? Tetapi itulah realitinya.


Pernah saya bertanya pada seorang sifu berbangsa Cina. Saya bertanya benarkah burung walit ini betul-betul boleh buat wang atau sekadar retorik semata-mata. Waktu itu saya baru-baru ingin berjinak dengan bisnes ini. Jawapannya amat mudah. Katanya jika sesuatu bisnes itu mahu dilihat menguntungkan atau tidak, cuba lihat orang-orang Cina. Jika orang-orang Cina merasakan bisnes walit ini merugikan mengapa semakin tahun bertambah semakin banyak orang Cina buat rumah burung? Ada yang menganggarkan jumlah rumah burung di Malaysia sudah pun mencapai 200 ribu buah. Malaysia masih lagi mengeluarkan 7% sarang burung bagi pasaran dunia.

Potensi pasaran, setakat ini dunia kekurangan 70% sarang burung. Ini kerana, sarang burung merupakan makanan perubatan yang diamalkan oleh orang-orang Cina. Pasaran yang diperlukan adalah datangnya dari China, Taiwan, Hong Kong, Arab, USA dan terkini Malaysia sendiri sudah mempunyai pengeluar produk kopi sarang burung, kolagen Sarang Burung, produk kecantikan dan sebagainya. Sebagai seorang Islam, seharusnya kita bersyukur dengan anugerah dari Allah ini. Tanpa perlu kita beri makan dan minum, serta ubat, mereka mampu memberikan pendapatan yang tidak dapat kita bayangkan. Tanah yang gersang dan tidak subur boleh kita bangunkan. Pendapatan yang ada dapat kita kongsikan. Cuma ianya perlukan teknik pembinaan yang betul. Jika semua yang kita lakukan ini tepat dengan caranya, insyaAllah kita akan mendapat pulangan yang sepatutnya.


Azmir Affendi

CEO MECTEN GROUP

Khamis, 5 Ogos 2010

Rahsia Rumah Burung Walit







Assalamualaikum

Rumah burung walit atau di Indonesia dikenali dengan Walet telah lama bertapak di Malaysia. Ada rumah burung walit yang sudah tertegak sejak 3 generasi yang lalu. Mengapa setelah sekian lama rumah ini tertegak di negara kita baru kini kita menyedari kehadirannya? Mengapa selama ini kita tidak menyedari burung walit ini menghasilkan sarang yang sangat bernilai tinggi?

Sebenarnya rumah burung ini digunakan untuk burung-burung walit mendiaminya. Apabila ianya sudah didiami, mereka akan mengawan di atas udara dan mula menghasilkan sarang untuk bertelur. Biasanya proses membina sarang akan dilakukan oleh sepasang burung walit jantan dan betina. Pada kebiasaannya juga terdapat 2 biji telur didalam setiap sarang yang mana pasangan ini akan mengeram telur tersebut.

Burung walit ini mempunyai kaki dan kuku yang panjang. Namun jika mereka jatuh ke muka bumi maka mereka tidak berdaya untuk terbang semula disebabkan kakinya yang lembik. Kerana itu, mereka ini hanya akan terbang berbelas jam dan akan melakukan segala aktiviti secara terbang seperti makan, minum dan mengawan. Disebabkan faktor ketahanan mereka terbang tanpa henti berbelas jam dan boleh bergerak 40 kilometer pergi dan balik walaupun dalam keadaan hujan lebat, menyebabkan masyarakat Cina mempercayai khasiat sarang burung yang diperbuat dari air liur mereka sangat tinggi dalam mengubati pelbagai penyakit seperti asma, batuk kering, penyakit kulit dan lain-lain.

Permintaan yang semakin meningkat dengan kadar pengeluaran yang sangat terhad menyebabkan harga sarang burung ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Perkara ini baru disedari oleh orang ramai kerana rahsia pendapatan tuan-tuan rumah burung ini mula di bongkar. Dengan kajian dari pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan, mendapati kebanyakan tuan-tuan rumah burung ini merupakan jutawan yang 'terlalu' senyap. Siapa sangka dengan rumah burung setingkat, pendapatan terkumpul akan mencecah jutaan ringgit hanya dalam masa 5 tahun. Dengan mengeluarkan sekali sahaja modal besar, mereka mampu menjana puluhan malahan ratusan ribu sebulan tanpa perlu bersusah payah.

Perlu diingatkan juga 60% rumah burung di Malaysia gagal. Ini disebabkan oleh faktor pembinaan yang tidak betul. Ada yang cuba membinanya secara sendiri dengan membaca buku dan lain-lain. Ada yang mencuba secara kecil-kecilan. Kesilapan-kesilapan sebegini adalah punca kegagalan rumah burung tersebut. Pelbagai kes yang telah saya jumpa dan selesaikan dalam beberapa tahun ini. Ada rumah burung yang dibina sehingga 3 tingkat namun burung tetap tidak mahu masuk dan tinggal di dalamnya. Ada pula yang rumah burungnya terdapat ratusan burung walit tetapi sarangnya tidak sampai sepuluh. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira seperti suhu, suasana dalaman, kesesuaian papan untuk bergayut, kecerahan cahaya yang masuk dan lain-lain. Rumah burung yang baik, akan didiami burung walit dalam masa 6 bulan. JIKA RUMAH BURUNG TERSEBUT TIDAK DIDIAMI DALAM MASA 6 BULAN INI MENUNJUKKAN RUMAH BURUNG TERSEBUT ADA KESILAPAN DARI PELBAGAI SEBAB YANG DISEBUTKAN TADI.

Pada masa ini harga sekilo sarang burung antara RM 3000 ke 6800 bagi yang belum dicuci. Untuk menghasilkan sekilo sarang burung memerlukan 90 hingga 120 keping sarang burung. Harga akan melambung 2 kali ganda apabila ianya siap dicuci. Selalunya pemilik rumah burung ini akan menjual sarang burung yang belum dicuci kepada orang tengah. Untuk makluman semua, di Malaysia, terdapar ramai buyer yang sentiasa bersedia membeli dari pengusaha dan membersih serta menjual ke China, Taiwan, Hong Kong, US dan negara Arab.

Oleh kerana permintaan yang banyak tetapi pengeluaran sarang yang sedikit telah menjadikan pasaran dunia kekurangan 70% untuk dipenuhi. Ianya sukar dimanipulasikan jualan serta harga dari orang tengah disebabkan sarang yang sukar didapati serta ianya boleh disimpan jika harga ang ditawarkan terlalu rendah. Pengusaha tidak perlu menjual sarang jika harga yang ditawarkan agak rendah dan boleh menyimpannya untuk satu tempoh yang lama kerana ianya tidak basi atau mempunyai expired date jika dijaga dengan baik. Lagipula belum lagi saya terjumpa kes buyer ingin beli dengan harga dibawah harga sebenarnya.

Kesimpulannya, bidang walit ini sangat baik untuk diterokai. Apatah lagi rumah burung ini mampu menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan dan boleh diwariskan kekayaannya kepada anak cucu kita. Cuma satu pesanan bagi yang ingin menceburinya iaitu perlulah bersabar, dan berani. Inilah faktor utama semua jutawan sarang burung di Malaysia.


Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan Mecten